Filem Mat Kilau Mampu Catat Kutipan RM60 Juta Dan Bakal Masuk Netflix!

Movie
6 Jul 2022 • 3:00 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Syamsul Yusof menanggarkan filem arahan terbarunya, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan boleh mencatat kutipan maksimum RM60 juta walaupun ada mendakwa ia boleh mengutip RM80 juta hingga RM100 juta.

Syamsul berkata, untuk memperoleh kutipan sebanyak RM80 juta hingga RM100 juta agak mustahil kerana setakat ini, kutipan paling tinggi di pawagam Malaysia ialah filem Avengers : Endgame sebanyak RM87 juta yang ditayangkan pada 2019.

image is not available

"Sejujurnya untuk Mat Kilau pergi ke situ agak mustahil. Lagipun saya tak letak sasaran jumlah kutipan sebanyak itu. Namun, setakat ini dengan kekuatan filem itu dan pawagam dijangka menayangnya untuk tempoh sehingga dua bulan, saya anggarkan ia mampu mencatat kutipan maksimum RM60 juta," katanya

Mat Kilau yang mula ditayangkan pada 23 Jun lalu berjaya mengutip RM50.1 juta pada hari ke-12 tayangannya, kelmarin. Jumlah kutipan itu merangkumi tayangan di Singapura dan Brunei.

image is not available

Jumlah kutipan itu juga berjaya memecah rekod filem Munafik 2 yang juga arahan Syamsul pada 2018 sebanyak RM48 juta.

Syamsul berkata, dia bersyukur kerana Mat Kilau kini berjaya mencipta sejarah sebagai filem tempatan paling laris menewaskan Munafik 2.

"Syamsul Yusof tewaskan Syamsul Yusof. Syukur. Ia memang berbaloi. Saya tak nafikan saya memang 'mental' nak siapkan filem ini," katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Syamsul berkata, Mat Kilau juga bakal ditayangkan di saluran Netflix selepas tamat tayangan di pawagam nanti.

"Pihak penerbit sudah mengadakan perbincangan awal dengan Netflix. Namun, tarikh tayangannya mungkin lambat lagi," katanya