Filem Raya U Mobile Buat Ramai Sebak Hingga Meleleh Air Mata, Angkat Kisah Pengorbanan Ayah Demi Anak OKU

29 Mar 2025 • 12:34 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Setiap kali raya, tidak lengkaplah sekiranya tiada iklan atau filem pendek tentang hari lebaran.
 

Sebak, sentuh emosi

Lebih-lebih lagi yang sarat dengan emosi sehingga membuatkan penonton sebak dan mengalirkan air mata.

Tahun ini, filem raya daripada U Mobile berjaya menyuntik emosi tersebut menerusi naskhah berjudul Suaraku yang ditayangkan di platform YouTube.

Berdurasi selama lapan minit lebih, filem pendek ini menyoroti kisah menyentuh hati tentang nilai sebuah harapan. 

Kasih seorang ayah terhadap anaknya yang keistimewaan upaya dengan menzahirkan kesabaran, memohon keampunan dan menjalin semula ikatan mesra sesama mereka.

Momen kekeluargaan akan menjadi tak ternilai bila dikongsi apatah lagi dengan kemajuan teknologi terkini demi  Aidilfitri yang lebih bermakna.

 

 

Malah menerusi ruangan komen juga, rata-rata penonton memberikan respon positif terhadap filem pendek tersebut. 

Antara komen yang diterima adalah:

image is not available
 

Saksikan filem raya pendek, Suaraku ini di bawah: