“Finally jumpa jugak!” – [VIDEO] Viral Wajah Seiras Fazura, Netizen Teruja Akhirnya ‘Kembar’ Bertemu

Entertainment
13 Sep 2022 • 1:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam peribahasa Melayu, ada menyebut seperti pelanduk dua serupa yang bermaksud wajah dua orang itu terlalu sama.

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Elle Fara telah menjadi bualan ramai kerana wajahnya yang amat mirip dengan pelakon dan usahawan terkenal tanah air iaitu Fazura.

Walaupun wanita itu kebelakangan ini mendapat kecaman ramai kerana sering mengeluarkan content yang memberitahu dirinya bukan Fazura, tetapi tidak dapat disangkal wajah kedua mereka memang sangat sama.

Hujung minggu lepas, Nur Fazura atau juga dikenali sebagai Kak Faz, telah mengadakan konsert Faztival Fazura yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, menampilkan persembahan hebat daripada Dato’ M. Nasir, Amir Masdi dan ramai lagi, malah ada juga persembahan istimewa dari Fazura sendiri serta artis Indonesia Ahmad Dhani Band.

Min sempat pergi, memang meriah betul!

Sudah pastinya, konsert berkenaan menjadi tempat pertemuan di antara Elle dan si cantik Fazura, mereka akhirnya bertemu dan pertemuan itu sempat dirakamkan oleh Elle, dia kemudiannya memuat naik video tersebut dalam TikTok miliknya.

@officialellefara

Still cannot move on image is not availableimage is not availableimage is not available Thank you Kak Faz @Fazura you’re so kind to me & such an angel!

♬ original sound – Elle Fara – Elle Fara

“Still cannot move on, Thank you Kak Faz you’re so kind to me & such an angel!” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Gelagat mereka berdua itu membuatkan ramai yang teruja, tak kurang juga ramai netizen yang memuji sifat rendah diri yang ditonjolkan oleh Fazura.

image is not available

Finally jumpa pun, dua-dua cantik pulak tu!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.