#FinancialFaiz: Duit Tabung Kecemasan, Pelindung Di Saat Perlu

23 Nov 2024 • 8:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Dalam kehidupan seharian, tiada siapa yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada masa hadapan

Oleh itu Pendidik Kewangan, Faiz Azmi atau lebih dikenali sebagai Financial Faiz menyatakanmemiliki tabung kecemasan adalah satu keperluan yang tidak boleh diabaikan.

Menurut Faiz, tabung kecemasan berfungsi sebagai pelindung kewangan apabila berdepan situasi tidak dijangka seperti kemalangan, penyakit, atau kehilangan pekerjaan.


“Tabung kecemasan adalah tabung yang paling penting sekali, sebab kita tidak mahu jika berlaku sesuatu kecemasan seperti nak masuk hospital misalnya akan menggangu proses kemasukan kerana guarantee letter  belum lulus.

“Namun sebab kita sudah ada duit tabungan kecemasan ia akan memudahkan urusan kita pada masa sama kalau kita tidak mempunyai tabung kecemasan.

“Bayangkan jika kita dibuang kerja, bagaimana kita mahu hidup untuk tiga hingga enam bulan? Maka akan susah buat kita, sebab itu kita perlu ada tabung kecemasan,” kata Faiz kepada Gempak.

Pada masa sama, Faiz juga menyatakan selain mempunyai tabung  kecemasan, rakyat Malaysia juga boleh membuat tabungan untuk keperluan diri sendiri seperti tabung membeli kenderaan, perkahwinan atau bercuti.

SAKSIKAN VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN OLEH GEMPAK.