Finas bakal wujud pusat pasca produksi di Sabah

LocalEntertainment
15 Sep 2024 • 7:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bakal mewujudkan Pusat Kecemerlangan Media Borneo di Kota Kinabalu bagi memberi manfaat dan sokongan kepada penggiat filem Sabah untuk membangunkan karya mereka.

Pengerusinya Datuk Kamil Othman berkata pusat yang dijangka beroperasi pada 2026 itu bakal menyediakan fasiliti-fasiliti pasca produksi yang dilengkapi dengan teknologi terkini.

Menurutnya, kekurangan infrastruktur dikenal pasti antara cabaran terbesar dihadapi oleh pembikin-pembikin filem di negeri ini.

“Saya difahamkan dana sudah pun diperuntukkan untuk tujuan ini dan kita sekarang sedang tunggu bajet bagi membangunkan tempat itu di Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Kemudahan ini sudah pun dimasukkan dalam perancangan Finas di bawah Rancangan Malaysia ke-13.

“Tetapi, ini hanya interim. Tugas Finas dan Kerajaan Negeri adalah untuk menyediakan asas. Apabila projek ini berjaya, kita harap akan datang lebih banyak syarikat swasta yang menyediakan kemudahan pasca produksi yang lebih khusus.

“Menjelang 2025, Finas juga akan membina satu pusat yang menyediakan peralatan penggambaran seperti kamera, kemudahan pencahayaan dan banyak lagi di Kota Kinabalu.

“Oleh itu, pembikin filem di Sabah juga mempunyai akses kepada peralatan yang lebih canggih sekali gus menyokong pembangunan karya dan bakat di Sabah,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Seni Madani Finas di Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Selain itu, katanya, tahun depan Finas juga akan memperkenalkan program latihan dan bimbingan dari segi perakaunan, audit, hak cipta dan pembangunan skrip. Datuk Kamil Othman

“Sebelum ini, kita tidak ada buat latihan perakaunan untuk pembangunan filem di Malaysia sedangkan kalau kita lihat di Hollywood, syarikat produksi di sana mereka ada biro akauntan seperti akauntan produksi, kesan visual akauntan dan banyak lagi.

“Seterusnya, kita juga akan adakan latihan audit untuk produksi filem. Maksudnya, apabila pembikin filem dapat dana daripada kerajaan atau pun pelabur, kita mahu ada laporan audit.

“Kalau ada laporan audit, jadi kerajaan pun akan lebih berani salurkan lebih banyak dana. Sekarang kita ada dengar dakwaan bahawa ada pembikin filem dapat dana RM1 juta, tapi cuma guna RM600,000 untuk buat filem.

“Jadi, kita harap ini akan dapat menangani tuduhan-tuduhan seumpama ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, Finas akan menumpukan lebih banyak usaha pembangunan industri perfileman di Sabah dan Sarawak di bawah Rancangan Malaysia ke-13.

“Hasil daripada perbincangan meja bulat dengan penggiat filem di Sabah, mereka beritahu saya mereka ingin bangunkan industri filem tempatan.

“Jadi, kita cuba mencari satu formula untuk mewujudkan satu persekitaran yang lebih menyokong untuk industri filem di Sabah dan Sarawak.

“Salah satu yang kita cuba laksanakan adalah memperbanyakkan lagi projek-projek menerusi kolaborasi dan produksi bersama antara penggiat filem di kedua-dua negeri dan daripada semenanjung atau pun negara-negara Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA),” katanya.

Turut hadir pada program itu, Ahli Perbadanan Finas Yee I-Lann dan Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi serta Presiden Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA) Chester Pang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.