Firefox Untuk Android Kini Dikemaskini Dengan Sokongan Lebih 450 Pemalam

TechnologyDigital
16 Dec 2023 • 8:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang dinantikan ramai, kini Mozilla telah pun memperkenalkan sokongan pemalam secara rasminya untuk pengguna pelayar web Firefox pada peranti Android. Akses kepada lebih 450 pemalam kini tersedia melalui halaman Firefox Browser Add-ons.

image is not available

Dengan langkah ini, ia membolehkan para pengguna Firefox untuk Android untuk menambah beberapa ciri-ciri yang diperlukan dengan hanya semudah pemasangan pemalam sahaja. Ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati pelayar web Firefox di Android – sama seperti mereka menggunakannya di desktop.

Bagi anda yang berminat, boleh memasang Firefox untuk Android yang terkini, dan seterusnya turut memuat-naik sejumlah pemalam khusus untuk pelayar web ini.