“First And Last Lah Makan Sini…” – Individu Kongsi Pengalaman Makan Di Restoran Sheila Rusly, Respon Tuan Badan Jadi Tumpuan

Food
1 Jul 2026 • 4:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang individu mencuri perhatian selepas berkongsi pengalaman pertamanya makan di restoran milik penerbit dan pelakon, Sheila Rusly.

Menerusi hantaran di Threads, individu itu mendakwa makanan di restoran berkenaan tidak menepati cita rasanya walaupun kelihatan menyelerakan menerusi gambar.

Advertisement

Sheila rusly

“Sajalah nak sokong kedai artis sebab tengok dalam gambar kemain terliur macam sedap saja… sekali dah rasa hm biasa je nyah first and last lah makan sini maybe tak kena kat tekak kami kot.”

Komen tersebut mendapat perhatian Sheila yang kemudian membalas dengan tenang. Menurut Sheila, dia memahami bukan mudah untuk memuaskan selera semua pelanggan kerana setiap orang mempunyai cita rasa berbeza.

View this post on Instagram

“Alhamdulillah kalau tak sedap di tekak awak, sis faham bukan senang nak puaskan tekak semua customers.

“Apa-apa pun terima kasih datang support. Maaf kalau ada kekurangan dari @siangmalamsheilarusly nanti kita improve ya.”

Dalam masa sama, Sheila turut membalas pujian netizen yang memuji caranya menerima kritikan dengan positif.

“Mulakan hari kita dengan kata-kata yang indah yang boleh buat semua org tersenyum… InsyaAllah kita akan lebih tenang… cuba tau.”

Rata-rata netizen memuji sikap Sheila yang dilihat profesional dan terbuka menerima teguran pelanggan tanpa melatah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shila Amzah2026-07-01 13:08:44

"Ayah, Seandainya Judi Bukan Punca, Namun Perempuan Itu.." - Lirik Lagu Baru Shila Amzah Cetus Tanda Tanya Netizen

The post “First And Last Lah Makan Sini…” – Individu Kongsi Pengalaman Makan Di Restoran Sheila Rusly, Respon Tuan Badan Jadi Tumpuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved