“Fitnah Besar, Sangat Mengaibkan” – Andika Putera Tampil Pertahankan Diri Lepas ‘Ex Wife’ Dakwa Curang Dengan Isteri Orang

WorldEntertainment
23 Jul 2024 • 9:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh motivasi dikenali ramai iaitu Andika Putera, 27, tampil pertahankan diri selepas dirinya didakwa berlaku curang oleh bekas isteri, Ananda Natasha.

Dakwaan curang semuanya fitnah

Andika menyatakan dia sememangnya berasa terkejut mendengar dakwaan dirinya curang dengan staf sendiri dan isteri orang yang juga merupakan coach motivasi.

Sepanjang rumahtangga dengan Natasha, saya tidak pernah berlaku curang dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa. Ia satu fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dengan coach yang diperkatakan kerana dia sudah berkahwin dan perkara ini sangat mengaibkan untuk dia dan juga saya.

Kekhilafan diri sendiri

Namun begitu, Andika mengaku kekhilafannya bicarakan topik hubungan suami isteri sewaktu menyampaikan seminar hingga membuatkan beberapa pihak salah tafsir dan ada individu-individu memanupulasikan hal tersebut.

Susulan sudah membuat penjelasan, influencer tersebut berharap agar isu dirinya didakwa curang ini tidak diperbesarkan kerana akan mengelirukan banyak pihak.

Cukuplah tuduh saya macam-macam. Hentikan atau saya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan reputasi saya.

image is not available 22 hours ago

"3 Tahun Dia Curang" - Bekas Isteri Dakwa 'Influencer' Popular Curang Dengan Isteri Orang & Staf Sendiri