
Susulan pendedahan yang dibuat berkaitan perselingkuhan bekas suaminya, Andika Putera, personaliti media sosial, Ananda Natasha menyatakan dirinya sudah 'move on' dengan penceraian yang berlaku pada Disember tahun lalu.
Ananda Natasha atau lebih mesra disapa sebagai Natasha bagaimanapun tidak menafikan bahawa dia lebih berasa terkilan dengan seorang rakan yang disifatkan sebagai 'tikam belakang' kerana terlibat sama bercinta dengan bekas suaminya.
"Sekarang ni memang saya dah move on, sekarang ni saya tak terkilan dengan Andika sebab saya tahu dia memang kaki perempuan, tapi saya terkilan dengan perempuan tu sebab saya sangat rapat dengan dia.
Akui Trauma
BERITA TRENDING: "Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga
BERITA TRENDING:Andika Putera Kini Pegang Status Duda, Sah Bercerai Selepas 4 Tahun Berkahwin - “Terima Kasih Jadi Isteri Terbaik”
BERITA TRENDING: Aliff Aziz Mahu Berehat Dari Segi Mental & Emosi - “Kadang-Kadang Orang Kata Konon Macam Kitalah Yang Terpaling Sedih…”
BERITA TRENDING: Ruhainies Datang Mahkamah Senyum Lebar Pun Salah! - "Saya Tak Pandai Berlakon, Menangis Depan Kamera"
Sebelum itu, meskipun tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas jarang dilihat bersama.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.

