Fitnah Nak Jadi MB & Tok Undang Antara Cabaran Terbesar Bagi PRN N9 – Anthony Loke

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 10:50 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Fitnah Nak Jadi MB & Tok Undang Antara Cabaran Terbesar Bagi PRN N9 – Anthony Loke

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (3 Ogos) Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas 22 tahun memangku jawatan berkenaan.

Keputusan tersebut diambil oleh Anthony ekoran beliau gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 pada 1 Ogos lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Anthony Loke Umum Letak Jawatan Pengerusi DAP N9, Keputusan Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan Atau Tidak Diputuskan 16 Ogos

Anthony Loke sifatkan tuduhan nak jadi MB dan Tok Undang adalah cabaran terbesar sepanjang terlibat dalam politik

Namun sewaktu sidang media sama, Menteri Pengangkutan itu turut berkongsi antara cabaran terbesar dihadapinya semasa PRN Negeri Sembilan.

Menurut Anthony Loke, tuduhan yang kononnya dia mahu menjadi Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan serta Datuk Undang merupakan salah satu cabaran terbesar dan disifatkan sebagai serangan peribadi yang melampau.

Malah beliau juga merasakan ia adalah cabaran terbesar sepanjang melibatkan diri di dalam arena politik.

Tuduhan dan dakwaan adalah fitnah mengundang kepada sentimen negatif di kalangan masyarakat Melayu – Anthony Loke

Kata Anthony yang merupakan Ahli Parlimen Seremban itu, kesemua tuduhan serta dakwaan tersebut adalah fitnah yang telah mengundang kepada sentimen negatif di kalangan masyarakat Melayu ketika kempen PRN di Negeri Sembilan berlangsung pada dua minggu yang lalu.

“Terdapat begitu banyak fitnah dan tuduhan tidak berasas yang mendakwa saya harus merampas kuasa daripada kepimpinan Melayu, kononnya mahu menjadi Menteri Besar dan menguasai keseluruhan pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya berdepan dan menentang segala pembohongan serta tuduhan tersebut. Namun begitu, kami terus bertahan dan berjuang sehingga saat-saat terakhir,” jelasnya, dipetik Sinar Harian.

Sifatkan ia lumrah yang pelru dihadapi setiap ahli politik

Anthony dalam masa sama turut berpendapat setiap fitnah serta serangan yang diberikan kepadanya sepanjang tempoh berkempen merupakan lumrah dalam arena politik yang perlu dihadapai oleh mana-mana ahli politik.

Akan tetapi, beliau juga mengakui terdapat pihak yang mempercayai meskipun dakwaan berkenaan asalnya perkara itu hanyalah satu sindiran.

Malah Anthony Loke turut menyatakan ada mendapat soalan daripada pengundi adakah benar dakwaan beliau mahu menjadi Menteri Besar dan Tok Undang.

Masih bangga kerana raih 47% daripada keseluruhan undi

Meskipun gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah itu namun Anthony Loke tetap bangga kerana berjaya meraih sebanyak 47% undi keseluruhan dan ia termasuk sekitar 20 hingga 25% sokongan daripada pengundi Melayu.

Dalam PRN Negeri Sembilan Anthony Loke tewas dengan majoriti 688 undi.

Kata beliau lagi, kekalahan kira-kira 3% tersebut merupakan sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu dihormati serta diterima dengan hari terbuka.

Beliau juga tidak menyesal kerana sudah berjuang serta menghormati keputusan berkenaan.

“Saya menghormati keputusan itu. Tiada sebarang penyesalan kerana telah berjuang hingga ke penghujung. Kalau pun tewas, saya tewas dengan penuh maruah.”

Dalam PRN Negeri Sembilan DAP masih dapat mempertahankan beberapa kerusi lain seperti:

  • Bahau
  • Nilai
  • Lobak
  • Temiang
  • Bukit Kepayang
  • Rahang
  • Mambau
  • Seremban Jaya
  • Lukut
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved