Anthony Loke Dakwa Difitnah Mahu Jadi MB Negeri Sembilan, Rampas Pentadbiran Negeri

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 9:24 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Anthony Loke Dakwa Difitnah Mahu Jadi MB Negeri Sembilan, Rampas Pentadbiran Negeri

Anthony Loke Dakwa Difitnah Mahu Jadi MB Negeri Sembilan, Rampas Pentadbiran Negeri

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mendakwa beliau menjadi sasaran fitnah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan apabila dituduh mahu menjadi Menteri Besar serta menguasai pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, dakwaan itu merupakan antara serangan peribadi paling besar yang pernah dihadapinya sepanjang penglibatan dalam arena politik dan disifatkan sebagai usaha membangkitkan sentimen negatif dalam kalangan pengundi Melayu.

Menurut Anthony, pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan sepanjang tempoh dua minggu berkempen, termasuk dakwaan kononnya beliau berhasrat merampas kuasa daripada kepimpinan Melayu dan mengambil alih pentadbiran negeri.

“Saya berdepan dan menentang segala pembohongan serta tuduhan tersebut. Namun begitu, kami terus bertahan dan berjuang sehingga saat-saat terakhir,” katanya pada sidang media semalam.

Baca juga:

Beliau berkata, serangan berbentuk fitnah seperti itu merupakan lumrah dalam dunia politik, namun mengakui masih terdapat segelintir pihak yang mempercayai dakwaan berkenaan walaupun ia pada asalnya dilontarkan sebagai sindiran.

Mengulas keputusan PRN Negeri Sembilan, Anthony berkata beliau tetap berbangga dengan pencapaian parti apabila memperoleh 47 peratus undi keseluruhan, termasuk dianggarkan antara 20 hingga 25 peratus sokongan daripada pengundi Melayu.

Ujarnya, kekalahan dengan perbezaan kira-kira tiga peratus atau majoriti beberapa ratus undi itu adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu dihormati.

“Saya menghormati keputusan itu. Tiada sebarang penyesalan kerana telah berjuang hingga ke penghujung. Kalau pun tewas, saya tewas dengan penuh maruah,” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan kali ini, DAP kehilangan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Chennah dan Repah.

Bagaimanapun, parti itu masih mengekalkan sembilan kerusi DUN, iaitu Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Seremban Jaya dan Lukut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved