Fiza Thomas nekad lebih banyak lagu rancak selepas hadiri majlis kesedaran kanser

EntertainmentMusic
28 Aug 2026 • 5:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Fiza Thomas nekad lebih banyak lagu rancak selepas hadiri majlis kesedaran kanser

KUALA LUMPUR: Kekurangan diskografi lagu rancak ketika diundang bernyanyi di sebuah majlis kesedaran kanser menjadi titik tolak  penyanyi, Fiza Thomas, untuk tampil dengan karya bergenre pop alternatif.

Fiza atau Nur Hafizah Longkip Thomas, 33, berkata, pengalaman itu membuka matanya betapa penting seseorang penyanyi itu perlu mempunyai pelbagai genre lagu untuk disesuaikan mengikut majlis jika diundang membuat persembahan.

Katanya, kejadian itu berlaku apabila dia dibawa oleh pengurusnya untuk membuat persembahan di majlis berkenaan tetapi dia hanya mempunyai koleksi lagu sendiri yang bertema sedih.

“Masa itu, pengurus bawa saya pergi ke majlis kesedaran kanser untuk nyanyi tiga lagu, tetapi lagu yang saya ada ketika itu lagu putus cinta iaitu Rasa dan lagu kematian, Rona Rindu. Jadi, saya cakap dengan pengurus saya, takkanlah saya nak nyanyi lagu kematian di majlis tersebut.

“Saya pun tak nak nyanyi lagu Sinaran nyanyian Datuk Sheila Majid sebab itu lagu artis lain. Dari situlah saya mula terdetik yang saya perlu ada genre rancak dan lagu gembira yang boleh dinyanyikan untuk semua orang,” katanya ketika ditemui semasa sidang media pelancaran EPnya berjudul Rayakan Dia, di BSYNC Hall, Kuala Lumpur.

Sedar akan hakikat itu, Fiza mengambil keputusan untuk mempelbagaikan himpunan lagu-lagunya agar tidak hanya terikat dengan satu genre sahaja.

“Selepas ini, sekurang-kurangnya saya sudah ada lagu gembira dan juga lagu putus cinta. Itulah sebab utama kenapa saya mahu mencuba genre pop alternatif.

“Tapi kalau ikutkan jiwa, saya memang sangat sukakan lagu balada dan genre itu tetap menjadi pilihan nombor satu saya. Tapi, pada masa sama, apa salahnya kalau kita ada lagu yang berentak gembira untuk hiburkan penonton,” katanya.

Mengenai mini albumnya, Rayakan Dia menghimpunkan empat buah lagu iaitu Tirai, Manusia Pertama, Penamat Cerita? dan Wahai Dia iaitu hasil nukilannya sendiri di bawah nama pena Fitho. -UTUSAN

The post Fiza Thomas nekad lebih banyak lagu rancak selepas hadiri majlis kesedaran kanser appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved