Suami saya orang pertama bawa saya melancong ke luar negara, sebelum kahwin hanya penerbangan ke Sabah paling jauh – Fiza Thomas

23 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Suami saya orang pertama bawa saya melancong ke luar negara, sebelum kahwin hanya penerbangan ke Sabah paling jauh – Fiza Thomas

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon teater, Fiza Thomas, mendedahkan suaminya merupakan orang pertama yang membawanya melancong ke luar negara selepas tidak pernah terbang ke destinasi jauh sebelum ini.

Fiza atau Nur Hafizah Longkip Thomas, 33, berkata, sebelum berkahwin, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke luar negara dan penerbangan yang pernah dinaikinya hanyalah perjalanan ke Sabah sahaja.

“Fiza tidak pernah melancong ke mana-mana luar negara sebelum ini dan suami saya orang pertama yang membawa saya. Saya jenis yang tidak boleh naik penerbangan lama-lama, paling jauh pun setakat ke Sabah, itupun dua jam setengah sahaja.

“Baru-baru ini, saya dan suami ada pergi ke Melbourne untuk menonton teater Neighbourhood. Dia tidak boleh pergi jauh-jauh, dia perlu bawa saya walaupun pergi empat hari sahaja.

“Dalam hidup saya, saya tidak pernah jumpa orang sebaik dia. Saya tidak tahu bagaimana mahu ucapkan terima kasih kerana dia datang dan melengkapi hidup saya. Alhamdulillah, saya dikurniakan insan yang begitu baik dan ikhlas menerima Fiza seadanya,” katanya.

Fiza berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media EP Rayakan Dia, di BSYNC Hall, di sini, semalam.

Tambah Fiza, percutian paling jauh yang pernah dilaluinya setakat ini adalah ketika melancong ke Jepun.

“Saya cakap dengan dia tidak perlu pergi, baik pergi balik Sabah sahaja saya kata dengan suami saya. Tapi kami pergi juga ke Jepun. Pergi Jepun itu saya perlu makan ubat tidur sebab saya takut naik kapal terbang,” katanya.

Mengenai mini albumnya, Rayakan Dia menghimpunkan empat buah lagu iaitu Tirai, Manusia Pertama, Penamat Cerita? dan Wahai Dia yang merupakan hasil nukilannya sendiri di bawah nama pena Fitho.-UTUSAN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved