“Fizikal tak sempurna, iman padu” – Menggigil Jumpa Banyak Duit, Netizen Puji Sikap Jujur Lelaki OKU

21 May 2026 • 5:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

oku gigil jumpa duit banyak

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) membuktikan kekurangan fizikal bukan penghalang untuk melakukan kebaikan apabila menyerahkan sejumlah wang tunai yang ditemuinya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Azlan itu, dia berbuat begitu kerana khuatir berdepan kesukaran untuk menjelaskan situasi penemuan wang itu kepada pihak polis dan lebih selesa untuk menyerahkannya kepada wakil rakyat.

“Menggigil saya bila jumpa duit sebanyak itu. Jadi tak tentu arah terus saya teringat YB dan datang ke sini untuk serah duit.

“Nak pergi balai polis saya takut sebab tak pandai nak cakap macamana. Banyak duit itu nak buat minum pun saya takut apa nak jawab dekat ‘sana’ nanti,” jelasnya.

Difahamkan, dia hadir menyerahkan wang tersebut kepada ADUN Duyong dengan menaiki motosikal roda tiga dan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.

Sementara itu, Mohd. Noor Helmy berkata, beliau terkejut dengan tindakan Azlan yang memilih untuk menyerahkan wang tersebut walaupun hidup dalam kekurangan.

Kejujuran Azlan turut dipuji orang ramai kerana teguh pendirian dan tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk mengambil hak orang lain.

Screenshot 2026 05 21 170425hm

Dalam pada itu, wang tunai berkenaan telah diserahkan kepada Balai Polis Kandang bagi membantu mengesan pemilik sebenar. Mana-mana individu yang kehilangan wang dalam jumlah besar boleh hadir ke balai berkenaan.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.