Fizo Omar Syukur Isteri Bakal Timang Anak Ketiga - “Ada Sinar Rezeki Di Setiap Cahaya Mata”

25 Feb 2025 • 9:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Fizo Omar mengumumkan isterinya Fazeera Nazri kini sedang hamil anak kedua.


Rezeki isteri hamil anak ketiga

 


Berita gembira itu dikongsi Fizo menerusi hantaran terbaharu  di akaun Instagram miliknya.


 


Kata Fizo, dia rasa bersyukur atas kurniaan yang diberikan kepada mereka.


 

“Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. 
 
“Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini. Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian.

 


“Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.


 


“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. 


 


“Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” coretnya.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)

 


Terdahulu, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini memiliki dua cahaya mata iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.

 


Untuk info, Fizo sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.


 


Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.