Flex Window Pada Samsung Galaxy Z Flip5 Adalah Inovasi Yang Diingini

TechnologyDigital
13 Oct 2023 • 8:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam banyak-banyak telefon lipat jenis flip atau clamshell, di mata saya Samsung Galaxy Z Flip5 adalah yang terbaik di pasaran. Pertama hanya Samsung sahaja menawarkan peranti seperti ini di Malaysia, kedua sokongan One UI yang bagus untuk peranti flip dan ketiga skrin luar yang besar.

image is not available

Bercakap mengenai skrin luar yang besar, Galaxy Z Flip5 kini menggunakan nama Flex Window dan bukan lagi “cover screen”. Saiznya adalah 3.4-inci dan kini telefon boleh digunakan tanpa membuka lipatan. Misalnya, anda kini boleh membalas WhatsApp dengan menggunakan papan kekunci dan menaip apa jua teks yang diingini berbanding sebelum terhad dengan emoji sahaja.

image is not available

APA LAGI?

Bukan WhatsApp sahaja boleh digunakan pada peranti ini. Jika keadaan terbuka Galaxy Z Flip5 menyokong mod kamera FlexCam, dalam keadaan tertutup turut ada ciri menarik. Detik indah yang anda ingin simpan dalam memori kini boleh diakses dengan hanya tekan butang kuasa dua kali untuk mengakses kamera dan angkat tangan untuk mengaktifkan pengatup dengan kawalan gestur.

image is not available

Jika anda rasakan leceh untuk menggunakan Flex Window ini, Samsung Galaxy Z Flip5 turut menyokong kustomasi yang menarik untuk memperibadikan lagi telefon flip ini. Anda boleh tambah pelbagai widget, menukar tema, menukar muka jam, menukar gambar latar belakang seakan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch6 atau juga menggunakan video sendiri sebagai latar belakang yang bergerak.

image is not available

image is not available

Good Lock Beri Good Look Pada Flip5 Anda

Anda mungkin tidak tahu akan perkara ini. Samsung mempunyai aplikasi Good Lock yang membolehkan anda mengubahsuai antaramuka peranti secara menyeluruh. Aplikasi ini sudah wujud bertahun lamanya, cuma baru-baru ini dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

image is not available

Dengan Good Lock anda boleh menjadikan peranti anda nampak cantik atau good looking. Selain menawarkan pelbagai tema menarik dan menambah ciri baharu yang tiada pada One UI sebelum ini, Good Lock turut boleh membawakan apa jua aplikasi yang anda mahukan ke Flex Window.

image is not available

Ini bermakna anda boleh main Genshin Impact, Monopoly Go, membuka Facebook, mengakses Waze, menggunakan Instagram, TikTok atau X terus di skrin luar dengan pengalaman penggunaan lebih kurang sama ketika menggunakan Galaxy Z Flip5 dalam keadaan terbuka.

image is not available

Usah risau, jika anda sekadar ingin mendengar muzik – aplikasi Spotify juga boleh diakses sepenuhnya pada Flex Windows. Pada saya ia mengimbau kenangan menggunakan peranti zaman dahulu yang mempunyai saiz skrin lebih kurang sama tetapi lebih berkuasa. Malah Netflix pun anda boleh tonton, mana tahu anda ingat menstrim filem atau siri TV kegemaran secara senyap dalam pejabat? Tetapi jangan lupa pakai Galaxy Buds untuk tidak kantoi dengan bos.

image is not available

Samsung X Google

Semua sedia maklum yang Samsung dan Google telah bekerjasama dalam menjayakan perisian untuk telefon lipat. Disebabkan itu hanya pada Samsung Galaxy Z Flip5 sahaja secara ekslusif, aplikasi-aplikasi Google telah dioptimasikan untuk digunakan pada Flex Window.

image is not available

Anda boleh mengakses Google Messages, Google Maps dan YouTube dengan antaramuka yang bersesuaian. Sudah berbulan saya menggunakan Galaxy Z Flip5 ini dan ketika memandu Google Maps saya hanya ada pada Flex Window kemudian meletakkan peranti di papan pemuka kereta.

image is not availableimage is not available

Flex Window Adalah “Tingkap” Untuk Anda Melihat Masa Depan Yang Cerah

Skrin kuar yang besar ini adalah seakan cermin ajaib dalam mana-mana filem fantasi. Ia boleh melakukan hampir apa sahaja yang skrin dalam boleh buat. Untuk sebuah telefon flip yang baik, Flex Window ini telah menjadi satu penanda aras yang tiada pesaing berani lakukan. Dengan kemas kini perisian sehingga 4+5 tahun, masa hadapan anda bersama peranti ini turut terjamin.

image is not available

Jadi tunggu apa lagi, ayuh kunjungi laman web Samsung Malaysia untuk mula membeli Samsung Galaxy Z Flip5 pada harga bermula RM4499. Dengan membeli peranti ini anda layak menerima ganjaran bernilai sehingga RM1347. Malah jika anda menyertai program tukar-beli dengan Samsung, anda layak menerima rebat sehingga RM600.

*Penafian ini adalah advertorial daripada Samsung