
Hanya tujuh hari diperlukan usahawan muda Ali Imran Che Ahmad Shakri untuk merealisasikan idea menjadi FNF Motorsports, namun apa yang mahu dibina sebenarnya jauh lebih besar daripada sebuah pasukan perlumbaan.
Berteraskan slogan “Built in 7 Days. Built for the Future.”, FNF Motorsports diwujudkan sebagai platform yang menggabungkan motorsports, automotif, lifestyle, sport tourism, kandungan digital, komuniti dan pembangunan bakat.

Menurut Ali Imran, motorsports bukan sekadar perlumbaan, sebaliknya medium membina jenama, pengalaman dan peluang perniagaan.
“We don’t just want to race. We want to build a lifestyle,” katanya.
Antara visi jangka panjang FNF termasuk membangunkan sport tourism, meneroka peluang industri automotif termasuk Approved Permit (AP), penganjuran pertandingan sendiri, penajaan serta kolaborasi dengan pelbagai pemain industri.

FNF juga mahu membuka ruang kepada pihak ketiga melalui model sponsorship, collaboration dan strategic partnership, sekali gus menjadikan motorsports sebagai platform pemasaran dan engagement.
Dalam masa sama, FNF melihat pembangunan bakat sebagai elemen penting melalui cadangan penubuhan TVET Academy yang memberi fokus kepada automotif dan motorsports. Ia berpotensi melahirkan tenaga mahir dalam mekanik, kejuruteraan, pengurusan pasukan dan bidang sokongan.

Ali Imran berkata, FNF akan mengamalkan pendekatan “build the brand along the way”, menjadikan setiap perlumbaan, cabaran, kemenangan dan kolaborasi sebagai sebahagian daripada perjalanan jenama.

“FNF Motorsports dibina dalam tujuh hari. Tetapi apa yang kami mahu bina selepas itu adalah untuk lima, 10 atau 20 tahun akan datang.”
Built in 7 Days. Built for the Future.
Teruskan bersama TW Media..!
The post FNF Motorsports: Dibina Dalam 7 Hari, Dibina Untuk Masa Depan appeared first on TW Media.


