
Tuaran: Adun Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya (gambar) berkata usaha yang wajar menjadi keutamaan adalah bekerja dan melaksanakan segala amanah rakyat yang perlu disampaikan, serta fokus kepada usaha menstabilkan Kerajaan Negeri.
“Apa yang paling penting sekarang adalah tumpukan perhatian kepada usaha menstabilkan kerajaan yang mana Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) bersama-sama membentuk kepimpinan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Jika ini stabil, pasti usaha untuk meneruskan perancangan masa depan akan berjalan lancar,” katanya selepas sebuah forum bersama belia, baru-baru ini.
Menurut Jasnih, beliau juga tidak memikirkan perihal tentang bakal bertanding semula sebagai calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang berlangsung pada bila-bila masa tahun ini.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, untuk soal dicalonkan atau tidak, itu terlalu awal untuk difikirkan dan semuanya perlu berbalik kepada fokus untuk membangunkan Sabah.
“Masih awal kalau mahu cerita pasal dicalonkan atau tidak kerana belum ada tarikh spesifik untuk PRN17 ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Memang benar, semua yang menjadi wakil rakyat berharap dicalonkan namun apa yang paling utama adalah kita sama-sama kekalkan kesinambungan kerajaan.
“Ini kerana, semua yang dirancang baik polisi atau pelan pembangunan untuk rakyat, sudah kerajaan rangka. Jadi untuk meneruskan apa juga perancangan itu, penting untuk stabilkan kerajaan itu sendiri,” jelasnya lagi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Jasnih turut menegaskan beliau tetap akan mendokong polisi kerajaan semasa, yang dilihat berpotensi membawa lebih banyak kemajuan kepada Sabah.
“Sudah tentu kita sokong pucuk pimpinan sedia ada kerana kita nampak kemampuan itu, khususnya di kawasan saya di Pantai Dalit ini.
Dalam pada itu, Jasneh juga memberitahu bahawa walaupun ada masalah dan isu yang masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya, namun usaha Kerajaan Negeri secara konsisten dalam melaksanakan perubahan sememangnya memerlukan masa dan perlu disokong oleh semua pihak.
“Ada yang bercakap, dan yang akan pertikaikan kenapa kita masih ada masalah gangguan elektrik dan air. Kita kena ingat, kita mewarisi masalah lama dan tidak ada tongkat sakti yang boleh selesaikan masalah ini untuk masa singkat. Sebab itu, usaha berterusan dan konsistensi Kerajaan Negeri sekarang adalah kunci paling penting bila kita mahu menyelesaikan masalah,” tambah Jasnih.

