‘Followers’ Terkejut Gadis Kembar Tiga ‘Free Hair’ Ketika ‘Live’ – “Betul Ke? Selalu Tudung Labuh Je Dorang”

11 Feb 2024 • 7:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gadis kembar tiga yang dikenali di TikTok membuatkan pengikut mereka terkejut selepas dilihat tampil membuat siaran langsung tanpa memakai hijab.

Bagi yang tidak kenal, mereka ini dikenali di platform media sosial itu dengan content aktiviti yang mereka lakukan bersama-sama.

 

Dipuji kerana kerja keras

Dalam kalangan pengikut mereka, kembar tiga berusia 23 tahun ini sering dipuji kerana bekerja keras dan melakukan dua pekerjaan setiap hari.

image is not available

Di sebelah siang mereka mempunyai kerja hakiki masing-masing dan pada waktu malam pula kembar tiga ini bersama-sama menjalankan bisnes menjual burger.

 

Tiba-tiba muncul tak bertudung

Menerusi satu hantaran di TikTok, salah seorang pengikut mereka telah memuat naik tangkap layar ketika kembar itu membuat siaran langsung.

Ketiga-tiga mereka dilihat memakai pakaian sedondon iaitu kemeja berwarna merah bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Namun, mereka mengejutkan ramai penonton apabila dilihat tidak memakai tudung sedangkan selama ini mereka tampil berimej sopan dan menutup aurat.

image is not available

 

Memang tak pakai tudung?

Ruangan komen dilihat dipenuhi dengan respon daripada pengikut kembar tersebut yang lain di mana ada yang bersangka baik dengan mengatakan mungkin rambut itu adalah filter yang digunakan.

Dalam pada itu, segelintir individu dilihat memberi komen mengatakan bahawa kembar tiga berkenaan sebenarnya memang tidak bertudung (mungkin hanya pakai ketika buat content).

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available