Fon Kepala Gaming Sony INZONE H6 Air Kini Ditawarkan Pada Harga RM899

TechnologyGaming
5 May 2026 • 6:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fon Kepala Gaming Sony INZONE H6 Air Kini Ditawarkan Pada Harga RM899

Pada pertengahan bulan April, kami telah melaporkan tentang penawaran fon kepala gaming terbaru daripada Sony, iaitu Sony INZONE H6 Air yang hadir dengan rekaan pendengaran terbuka.

Image from: Fon Kepala Gaming Sony INZONE H6 Air Kini Ditawarkan Pada Harga RM899

Fon kepala ini menggunakan pemacu audio 40mm yang sama seperti Sony MDR-MV1 dan dilengkapi dengan saluran udara di bahagian belakang untuk menghasilkan bass yang lebih dalam tanpa menenggelamkan bunyi pertengahan.

Image from: Fon Kepala Gaming Sony INZONE H6 Air Kini Ditawarkan Pada Harga RM899

Ia juga mempunyai angkup kepala dengan engsel kukuh yang direka bagi memberikan keselesaan tambahan. Mikrofon cardioid boleh laras turut disertakan dan direka untuk mengurangkan bunyi dari sisi supaya komunikasi lebih jelas ketika bermain secara bersama.

Beratnya hanya 199 gram tanpa mikrofon, membuatkannya sebuah fon kepala yang ringan dan selesa dalam kelasnya.

Image from: Fon Kepala Gaming Sony INZONE H6 Air Kini Ditawarkan Pada Harga RM899

Selain itu, fon kepala ini hadir dengan penyesuai USB-C DAC yang membolehkan akses kepada aplikasi Sony INZONE dengan tetapan baharu Immersive: RPG/Adventure. Profil audio ini ditala dengan input daripada pasukan bunyi di PlayStation Studios termasuk tetapan EQ khusus RPG dan Adventure yang meningkatkan perincian persekitaran serta kedalaman bunyi.

Image from: Fon Kepala Gaming Sony INZONE H6 Air Kini Ditawarkan Pada Harga RM899

Sony Malaysia akhirnya sudah mula menawarkan fon kepala ini di pasaran tempatan pada harga RM899.