Rekaan Sony 1000X The ColleXion Tertiris – Fon Kepala Premium Sony

TechnologyLifestyle
5 May 2026 • 9:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rekaan Sony 1000X The ColleXion Tertiris – Fon Kepala Premium Sony

Fon kepala siri Sony 1000XM mempunyai reputasi menawarkan kualiti audio premium dan rekaan yang menarik. Tetapi golongan peminat fon kepala premium sering mengkritik ia diperbuat daripada plastik yang dikatakan tidak tahan lasak berbanding fon kepala AirPods Max atau produk premium Sennheiser.

Image from: Rekaan Sony 1000X The ColleXion Tertiris – Fon Kepala Premium Sony

Maka Sony sudah mengacah pelancaran produk audio premium mereka sejak dua minggu lalu. Misteri mengenai produk ini terungkai selepas gambar fon kepala Sony 1000X The ColleXion akhirnya tertiris ke menerusi lama Dealabs.

Fon kepala dipakai oleh pelakon Damson Idris yang membintangi filem F1 tahun lalu. Dari sudut rekaan, Sony 1000X The ColleXion mengitar semula rekaan cawan telinga 1000XM6 tetapi dipadankan dengan bahagian tangkai dan cekak kepala diperbuat daripada logam. Bahagian pelapik atas kepala pula diperbuat daripada bahan kulit yang nampak lebih mewah.

Kerana penggunaan bahan lebih premium, Sony 1000X The ColleXion tidak boleh dilipat. Selain itu ura-ura mengatakan ia mempunyai bateri 24 jam, sokongan DSEE dan audio 360 darjah. Dari segi kemampuan audio ia setanding dengan 1000XM6 tetapi dengan bahan binaan lebih premium sahaja.

Fon kepala ini akan dilancarkan pada 19 Mei depan dengan harga dipercayai sekitar $649(~RM 2572) sepasang.