Fon kepala Sony WH-1000XM4 dilancarkan pada tahun 2020 dan walaupun sudah berusia 6 tahun, ia masih lagi menawarkan kualiti audio serta sistem ANC yang baik. Hanya prestasi bateri dan rekaannya sahaja ketinggalan jika dibandingkan dengan XM5, XM6 dan 1000X. Tetapi muncul laporan Sony akan melancarkan semula XM4 dengan beberapa kemas kini.

Rekaan dipercayai masih kekal sama iaitu boleh dilipat tetapi kemampuan bateri dikurangkan ke 34 jam berbanding 38 jam berbanding XM4 asal. Fon kepala ini mungkin dilancarkan semula dengan nama baharu Sony WH-1000XM4C dengan dipasarkan sebagai model siri 1000XM paling mampu milik di pasaran.
Dipercayai Sony WH-1000XM4C akan dilancarkan pada bulan Septembr depan pada harga €249.99 (~RM 1178) yang adalah lebih murah berbanding harga asal XM4. Di Malaysia XM4 masih boleh dibeli pada harga bawah RM1000 sepasang.
Sumber – Dealabs


