Bose QuietComfort Headphones (2nd Gen) Dilancarkan Dengan Bateri 24 Jam

TechnologyDigital
10 Aug 2026 • 11:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bose QuietComfort Headphones (2nd Gen) dilancarkan sebagai fon kepala lebih mampu milik berbanding Bose QuietComfort Ultra Headphones (2nd Gen) yang dilancarkan sebelum ini. Ia membawakan rekaan yang lebih selesa angkup kepala lebih licin dan kusyen lebih lembut berbanding model terdahulu.

Image from: Bose QuietComfort Headphones (2nd Gen) Dilancarkan Dengan Bateri 24 Jam

Bose Immersive Audio (TrueSpatial) disokong selepas sebelum ini hanya diberikan kepada model Ultra sahaja. Pada cawan telinga kiri diletakkan pelbagai butang fizikal seperti kawalan audio, ANC, menjeda, melangkau audio dan menyeru pembantu maya. Menerusi port USB-C, audio nirhilang sehingga 24‑bit/48kHz boleh didengari. Sambungan fizikal hanya menerusi USB-C dengan tiada bicu audio 3.5mm.

Image from: Bose QuietComfort Headphones (2nd Gen) Dilancarkan Dengan Bateri 24 Jam

Tambatan audio secara nirwayar menerusi Bluetooth 5.4. Ia boleh melakukan sambungan kepada lebih daripada satu peranti dan sokongan Google Fast Pair. Bateri yang digunakan memberikan penggunaan sehingga 24 jam, 18 jam dengan mod audio imersif dan tempoh mengecas semula ialah 3 jam.

Bose QuietComfort Headphones (2nd Gen) dijual pada harga $359 (~RM 1468) sepasang dalam warna Eucalyptus Green, Dewdrop Mint, Rosewood Mauve, Black dan White Smoke.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved