Fon Telinga Huawei FreeBuds Pro 3 Boleh Didapati Pada Harga RM899

TechnologyDigital
5 Oct 2023 • 9:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei FreeBuds Pro 3 telah diumumkan secara rasminya di Malaysia hari. Dari aspek rekaan fon telinga ini masih mengekalkan elemen yang sama seperti generasi sebelum ini. Namun dikatakan lebih premium menerusi penggunaan bahan kaca Nano Processed yang tahan lebih lasak. Saiznya juga lebih kompak, serta rekaan yang diubah sedikit untuk cengkaman lebih baik.

image is not available

image is not available

FreeBuds Pro 3 juga dilengkapi pemandu audio sebesar 11mm dengan pembatalan hingar aktif (ANC 3.0) terbina. Ia juga menyokong Huawei L2HC 2.0, penyahkodan audio dwi-definisi tinggi LDAC, audio spatial 2.0 dan melepasi pensijilan Hi-Res untuk sokongan audio lebih baik.

image is not available

image is not available

Selain itu codec AAC dan SBC juga disokong beserta keseluruhan tubuh melepasi penrafan kalis air IP54. Bateri 510mAh digunakan pula boleh bertahan sehingga 31 jam dengan bantuan pod pengecas, kemudian turut boleh dicas secara nirwayar.

image is not available

image is not available

Fon telinga ini boleh didapati di Malaysia pada RM899 dengan pilihan warna Ceramic White, Green dan Silver Frost. Ketersediaan bermula 21 Oktober 2023 menerusi pengedar sah Huawei Malaysia di seluruh Malaysia.