Kemaskini baharu Sony memperlihatkan terdapatnya sebuah acara pelancaran produk baharu yang bakal diadakan pada 24 Julai ini. Dengan tagline The Best Silence Drops dalam mempromosikan produk tersebut, ia boleh menjadi pengenalan untuk fon telinga baharu Sony WF-1000XM5 dengan pembatalan hingar aktif yang dipertingkatkan. Dalam pada itu, Sony juga dijangka turut membuat beberapa lagi penambahbaikan besar pada fon telinga ini dalam menjadikannya lebih menarik dan mesra pengguna.
For the silence. For the sound.
Stay tuned…you'll want to hear this.#MySony pic.twitter.com/m9p0NV5LG2
Hal ini boleh dilihat menerusi desas-desus tersebara yang mengatakan bahawa putik audio WF-1000XM5 akan lebih kecil berbanding sebelum ini yang seharusnya memberi lebih keselesaan sewaktu dipakai. Bukan itu sahaja, WF-1000XM5 juga dikatakan boleh berfungsi sehingga 24 jam yang juga menyokong pengecasan secara nirwayar. Pengecasan selama 3 minit membolehkan masa main balik sehingga 1 jam penggunaan, di mana lebih baik berbanding XM4 yang memerlukan pengecasan selama 15 minit.



