Food Hunting 8 Jam Di Kemaman, Ini Port Makan Wajib Singgah Kalau Bercuti Ke Terengganu

LocalFood
21 Aug 2026 • 3:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kemaman, Terengganu bukan sahaja terkenal dengan pantai yang cantik, malah turut menjadi syurga buat kaki makan yang mahu mencuba pelbagai makanan tempatan.

Kali ini BeautifulNara ingin membawa anda ke percutian singkat ke Kemaman dipenuhi dengan aktiviti food hunting apabila beberapa lokasi menarik disinggahi untuk menikmati makanan popular sekitar daerah tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

Antara lokasi pertama yang menjadi pilihan ialah Kedai Kopi Klasik Kemaman, sebuah port santai untuk menikmati sarapan sambil merasai suasana kedai kopi tradisional.

kemaman Image from: Food Hunting 8 Jam Di Kemaman, Ini Port Makan Wajib Singgah Kalau Bercuti Ke Terengganu

Perjalanan diteruskan ke Warung Satar Kak Nab yang terkenal dengan menu satar, makanan tradisional Terengganu yang dibakar menggunakan daun pisang.

Bagi yang mahu menikmati suasana lebih santai sambil melihat pemandangan laut, pengunjung turut singgah ke kawasan tepi laut tempat nelayan yang menawarkan suasana kampung nelayan serta pemandangan bot-bot di pesisir pantai.

sfas

pemandangan

Tidak lengkap kunjungan ke Kemaman tanpa menikmati pengalaman makan di Lunc D’Bira Bukit Geliga, yang menawarkan suasana menarik untuk berehat sambil menikmati hidangan.

sfs Image from: Food Hunting 8 Jam Di Kemaman, Ini Port Makan Wajib Singgah Kalau Bercuti Ke Terengganu

Selain itu, pengalaman kopi camping turut menjadi antara aktiviti menarik apabila pengunjung dapat menikmati secawan kopi dalam suasana lebih dekat dengan alam.

kopi

Sebelum pulang, jangan lupa singgah membeli buah tangan popular dari Kemaman seperti keropok lekor dan roti paung yang menjadi antara makanan wajib dibawa balik.

jkj Image from: Food Hunting 8 Jam Di Kemaman, Ini Port Makan Wajib Singgah Kalau Bercuti Ke Terengganu

Buat mereka yang merancang bercuti ke Terengganu, Kemaman boleh dimasukkan dalam senarai kerana selain pantai dan suasana santai, daerah ini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan yang menarik untuk diterokai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Makanan Malaysia Viral Visit Malaysia2026-08-07 09:30:00

Ramai Tak Tahu! Ini Rupanya 'Rahsia' Utama Kenapa Malaysia Sentiasa Jadi Syurga Makanan Buat Pelancong

 

The post Food Hunting 8 Jam Di Kemaman, Ini Port Makan Wajib Singgah Kalau Bercuti Ke Terengganu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved