Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Di Malaysia Akan Disiarkan Percuma Menerusi RTM

2 Oct 2026 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perdana Menteri Dato’s Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Radio TV Malaysia (RTM) akan menyiarkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Di Malaysia secara percuma. Perlumbaan F1 ini ialah yang pertama kali berlangsung di Malaysia sejak 2017. Ia merupakan gantian kepada perlumbaan yang sepatutnya berlangsung di Bahrian pada April lalu tetapi dibatalkan kerana perang Amerika Syarikat dan Iran.

Image from: Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Di Malaysia Akan Disiarkan Percuma Menerusi RTM

RTM dipilih sebagai penyiar di Malaysia agar kemeriahan perlumbaan ini dapat dinikmati bersama. serta memberi peluang kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk merasai debaran perlumbaan bertaraf dunia dari Litar Antarabangsa Sepang.

Siaran boleh ditonton menerusi saluran TVOkey di RTMKLIK bermula hari ini untuk sesi ujian. Sesi kelayakan pula boleh ditonton esok pada jam 4 petang dan perlumbaan pula pada Ahad bermula jam 3 petang.

Perlumbaan tahun ini amat dinantikan oleh peminat F1 tempatan yang sudah lama dahaga untuk melihat perlumbaan di tanah air. Ia turut dilihat sebagai perlumbaan “pasukan tempatan” untuk pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved