Foto Berlaga Pipi Tular, Park Bo Young Dan Park Jin Young Sedang Dilamun Cinta?

EntertainmentLifestyle
16 Jul 2025 • 5:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon Korea Selatan, Park Bo-young dan Park Jin-Young yang menunjukkan keserasian bersama dalam drama Our Unwritten Seoul didakwa sedang dilamun cinta dalam dunia realiti.

Park Bo Young dan Park Jin Young dilamun cinta

image is not available

Dakwaan itu diyakinkan lagi apabila agensi mereka, BH Entertainment mengumumkan pemenang acara komen untuk menyokong video reaksi drama Our Unwritten Seoul melalui akaun media sosial rasmi.

Dalam pengumuman tersebut, hadiah diberikan termasuk empat keping gambar Park Bo-young dan Park Jin-Young dengan aksi mesra berlaga pipi selain tandangan mereka sekali gus menyakinkan lagi spekulasi bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa.

image is not available

Bukan itu sahaja, menurut sumber Park Bo-young dan Park Jin-Young juga menunjukkan keserasian yang cukup hebat ketika berada di luar set penggambaran dan sering tampil berdua bersama.

Untuk rekod, drama Our Unwritten Seoul lakonan Park Bo-young dan Park Jin-Young telah tamat ditayangkan pada bulan lalu dengan berjaya mengumpul rating tontonan sebanyak 8.4 peratus.

Sumber: Allkpop