Hyeri khabarnya sedang dilamun cinta kini.
Pasangannya ialah penari Cha Woo-tae (34), atau lebih dikenali sebagai Wootea dan menurut sumber dalam industri, mereka telah menjalinkan hubungan cinta selama lebih setahun.
Pertemuan pertama mereka bermula ketika penggambaran filem “Victory” yang ditayangkan tahun lalu. Dalam filem tersebut, Hyeri memainkan watak ketua kumpulan sorak pemula bernama Millennium Girls, yang penuh semangat. Dia mempersembahkan koreografi lagu-lagu seperti “Why Are You Calling Me” oleh Diva dan “Turn Around and Look at Me” oleh Deux. Wootea pula merupakan jurulatih koreografi untuk filem itu bersama rakan penarinya, Kinky.

Seorang kenalan yang rapat dengan mereka berkata,
Penggambaran filem berlangsung di Geoje, Gyeongsang Selatan. Mereka mula rapat ketika sesi latihan koreografi di sana, dan selepas itu sering dilihat keluar bersama di Seoul. Walaupun mereka hanya mula memberitahu orang sekeliling baru-baru ini, hubungan mereka sudah hampir setahun.
Sumber lain menambah, mereka sangat berhati-hati dalam hubungan ini dan saling menghormati satu sama lain. Mereka menjadi sokongan penting antara satu sama lain ketika melalui saat sukar, menjadikan hubungan ini penuh kasih sayang.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Hyeri Didedahkan Sudah Setahun Bercinta Dengan Penari Wootae first appeared on KimchiDaily.my.


