Founder Kosmetik Dakwa Tertipu Lepas Beli Tanah RM450k Cash, Pihak Penjual Tampil Beri Penjelasan

17 Jul 2026 • 11:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini, tular kisah seorang founder dari Kelantan dikenali sebagai Wan Nur Amirah yang mendakwa membeli tanah bernilai RM450,000 secara tunai, namun berdepan masalah berkaitan akses jalan masuk.

Dakwa Amirah, tanah berkenaan tidak mempunyai laluan masuk seperti yang diharapkan, selain didakwa sebahagian kawasan pagar melibatkan tanah milik orang lain.

Laluan masuk di atas tanah orang lain

Dia mendakwa sudah meminta belas ihsan dan hak sebagai pembeli supaya diberikan jalan masuk ke kawasan tanah tersebut. Namun, penjual dan keluarga dikatakan tidak memberikan kerjasama.

@mcteqmierah97

Allahuakhbar pertama kali dalam hidup dah sosial media mirah, mirah post pasal benda macam ni sebab ini melibatkan kos yang tinggi di mana bukan mudah untuk mirah dapatkan macam2 kena lalui perit jerih penat lelahMirah hanya nak penyelesaian at least jalan sikit, sekarang ni owner diam seribu bahasa owner asal orang tanah merah gual ipoh sekarang berkhidmat di Sabah.. Mirah terpaksa untuk buat posting ni agar ada jalan sebab owner memang taknak bagi kerjasama langsung2 .. owner pun siap suruh mirah ambik tindakan undang2 terhadap dia betapa angkuh nya beliauHarap siapa mengenali beliau yang bekerja pegawai TUDM di Sabah Untuk beri kerjsama dan respon bagi selesai kan isu iniAllahuakhbar sungguh sedih tak terkata ya Allah, mirah ni orang yang jenis mudah percaya lagi2 kita tahu background dia pulak macam mana, tolong sape mengenali beliau dan family untuk mereka respon #ibuscrubbywna #founderibuscrubwna

♬ original sound – W.Nur Amirah (Ladyboss WNA) – W.Nur Amirah (Ladyboss WNA)

Susulan isu tersebut, seorang wanita dikenali sebagai Ayuii memaklumkan suaminya sudah berhubung dengan Amirah bagi menjelaskan semula keseluruhan perkara.

Menurut Ayuii, penjelasan itu dikongsikan olehnya kerana suaminya tidak mempunyai akaun Threads.

amirah

Dalam tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, pihak suami menjelaskan bahawa setiap lot yang dijual mempunyai jalan masuk dan keluar.

tanah

Dalam penjelasan sama, pihak suami turut menyatakan dia tidak mempunyai hak untuk menentukan laluan masuk mengikut lot tanah milik pihak lain.

Katanya, tanah yang dijual adalah seperti yang dimaklumkan kepada ejen iaitu dua lot tanah bersama sebuah rumah dalam pembinaan.

Dia juga mendakwa tidak berada di tapak ketika proses lawatan dibuat, selain tidak dipanggil atau dimaklumkan secara terperinci berhubung perjumpaan tersebut.

Pihak suami turut mendakwa segala dokumen yang diminta oleh ejen telah diberikan, termasuk geran tanah.

tanah

Pihak suami turut berharap isu tersebut dapat diteliti berdasarkan keseluruhan fakta sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Katanya, jika terdapat masalah berkaitan isu berkenaan, perkara itu boleh dibawa mengikut saluran yang betul berdasarkan undang-undang sekiranya ada asas untuk sebarang tuntutan.

The post Founder Kosmetik Dakwa Tertipu Lepas Beli Tanah RM450k Cash, Pihak Penjual Tampil Beri Penjelasan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved