Tayang Siaran FIFA Tanpa Kebenaran? Ammar Nazhan Jelaskan -“Am Seronok Berkongsi Keterujaan..”

LocalFootball
2 Jul 2026 • 9:57 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil memberikan penjelasan susulan kontroversi yang tular sejak semalam dengan memohon orang ramai agar tidak terus membuat andaian atau menjatuhkan hukuman terhadapnya tanpa mengetahui keseluruhan keadaan.

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang masih memberikan sokongan serta menegurnya secara berhemah.

“Am dah tengok semua post, video dan komen yang tengah viral sejak semalam. Terima kasih kepada semua yang masih menyokong dan juga yang memberi teguran dengan cara yang baik,” katanya.

Image from: Tayang Siaran FIFA Tanpa Kebenaran? Ammar Nazhan Jelaskan -“Am Seronok Berkongsi Keterujaan..”

Menurut Ammar, dia pada mulanya hanya berinteraksi dan bersembang mengenai perlawanan Portugal bersama penonton ketika membuat siaran langsung tanpa menyangka kandungan itu memasuki paparan For You Page (FYP) dan mendapat perhatian meluas daripada peminat bola sepak.

“Pada awalnya, Am cuma berinteraksi dan bersembang tentang perlawanan bersama penonton ketika game Portugal. Langsung tak sangka ia masuk FYP dan mendapat sambutan yang sangat besar daripada ramai peminat bola sepak,” ujarnya.

Beliau berkata, dirinya sama sekali tidak berniat untuk menyinggung atau menyusahkan mana-mana pihak kerana menganggap Piala Dunia sebagai acara yang menyatukan peminat bola sepak dari seluruh dunia.

“Sejujurnya, Am tak pernah berniat untuk menyinggung atau menyusahkan mana-mana pihak. Bagi Am, Piala Dunia adalah satu acara yang menyatukan peminat bola sepak dari seluruh dunia. Am seronok dapat berkongsi keterujaan dan melihat ramai penonton sama-sama menikmati suasana perlawanan,” katanya.

Image from: Tayang Siaran FIFA Tanpa Kebenaran? Ammar Nazhan Jelaskan -“Am Seronok Berkongsi Keterujaan..”

Bagaimanapun, Ammar mengakui kecewa apabila melihat pelbagai andaian, kecaman dan penghinaan dilemparkan terhadapnya sejak isu berkenaan menjadi tular.

“Namun begitu, sejak semalam Am melihat terlalu banyak andaian, kecaman dan penghinaan yang dilemparkan kepada Am seolah-olah semuanya telah diputuskan tanpa mengetahui keseluruhan keadaan,” tambahnya.

Artikel lain: Ammar Nazhan Dikecam Lagi! Tayang Siaran FIFA Tanpa Kebenaran, Netizen Gesa RTM Ambil Tindakan

Beliau turut memaklumkan bersedia memberikan kerjasama sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mempunyai hak atau merasakan ada perkara yang perlu diperjelaskan menerusi saluran yang sewajarnya.

“Kalau ada mana-mana pihak yang mempunyai hak atau merasakan ada perkara yang perlu diperjelaskan. Am sentiasa bersedia memberikan kerjasama melalui saluran yang sewajarnya,” tegasnya.

Dalam masa sama, Ammar berharap orang ramai memberi ruang kepada fakta sebelum membuat sebarang kesimpulan dan tidak terus menghukum berdasarkan kandungan yang dipotong demi meraih tontonan.

“Apa yang Am harapkan ialah kita semua boleh memberi ruang kepada fakta dan tidak terus menghukum berdasarkan andaian atau content yang dipotong-potong demi mengejar tontonan.
“Semoga kita semua sentiasa memilih untuk menegur dengan adab dan saling menghormati,” katanya.

Sumber: Threads amnazhan

The post Tayang Siaran FIFA Tanpa Kebenaran? Ammar Nazhan Jelaskan -“Am Seronok Berkongsi Keterujaan..” appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved