‘Founder’ Minyak Wangi Pernah Taja Peninju Didakwa Buat Gangguan Seksu*l Terhadap Staf Sendiri?

LocalBusiness & Finance
5 Aug 2026 • 10:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang pengasas jenama minyak wangi tempatan menjadi bualan hangat di media sosial selepas timbul dakwaan mengaitkannya dengan kes gangguan seksual terhadap pekerja.

Dakwaan itu mula mendapat perhatian selepas akaun Threads dikenali sebagai Edisi Siasat berkongsi satu hantaran yang menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Advertisement

Founder

“Betul ke ada dakwaan membabitkan seorang founder jenama lokal perfume yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap stafnya?

“ES (Edisi Siasat) dapat korek yang founder brand ini pernah taja seorang peninju tempatan. ES dapat bau-bau ada yang ‘most wanted’ dalam kalangan mereka ini.”

Dalam hantaran sama, Edisi Siasat turut menyeru mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan dakwaan tersebut supaya tampil melalui saluran yang sewajarnya.

“ES menyeru kepada mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan dakwaan gangguan seksual melibatkan founder perfume tempatan itu untuk tampil buat laporan.

“Jangan biarkan ketakutan, tekanan atau pengaruh seseorang menjadi sebab kebenaran terus disimpan. Jika benar berlaku, biarlah segala bukti dibawa ke saluran yang betul dan pihak berkuasa jalankan siasatan.”

Selain itu, Edisi Siasat turut mengingatkan bahawa status, pengaruh atau kedudukan seseorang tidak seharusnya menjadi penghalang untuk mangsa mendapatkan keadilan.

“Jangan fikir duit, nama besar atau kedudukan boleh menjadi pelindung selama-lamanya. Tiada siapa berada di atas undang-undang. Demi keselamatan generasi akan datang, suara mangsa perlu diberi ruang dan keadilan.”

Bagaimanapun, setakat ini dakwaan berhubung gangguan seksual tersebut masih belum disahkan oleh pihak berkuasa. Identiti pengasas jenama minyak wangi yang didakwa terbabit juga belum didedahkan secara rasmi, dan tiada sebarang pertuduhan atau pengesahan dibuat ketika artikel ini ditulis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

em2026-08-04 09:53:08

"Tolong Saya.." - Bunyi Wanita Seakan Dijerut Di Tingkat 23 Apartment Di Damansara Cetus Kebimbangan Penduduk

The post ‘Founder’ Minyak Wangi Pernah Taja Peninju Didakwa Buat Gangguan Seksu*l Terhadap Staf Sendiri? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved