Fraidden Dawan sumbang emas pertama Malaysia di Phnom Penh

4 Jun 2023 • 12:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PHNOM PEN: Perenang para negara, Fraidden Dawan (gambar) nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 hari ini.

Atlet berusia 36 tahun berasal dari Bintulu, Sarawak itu mempamerkan aksi luar biasa untuk menjuarai acara 400 meter (m) gaya bebas S10 (kecacatan anggota kaki) lelaki di Pusat Akuatik, Stadium Morodok Techo, di sini.

Pemenang pingat emas APG edisi lepas di Solo, Indonesia itu tidak berdepan masalah untuk mengesahkan emas menerusi catatan 4 minit 52.60 saat.

Beliau cemerlang meninggalkan pesaing dari Indonesia, Tangkilisan Steven Sualang yang merekodkan 5:12.81s untuk meraih pingat perak dan perenang Vietnam, Van Vinh Quach di kedudukan ketiga dengan 5:23.30s.

Terdahulu, seorang lagi perenang negara Rusdianto Rusmadi meraih pingat perak menerusi acara 400m Gaya Bebas S8 (kecatatan anggota kaki) dengan catatan 5:50.54s. -Bernama