Fraidden Dawan sumbang emas pertama Malaysia di Phnom Penh

4 Jun 2023 • 11:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fraidden Dawan menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 pada Ahad. - Foto Bernama

PERENANG para negara, Fraidden Dawan nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 pada Ahad.

Atlet berusia 36 tahun berasal dari Bintulu, Sarawak itu mempamerkan aksi luar biasa untuk menjuarai acara 400 meter (m) gaya bebas S10 (kecacatan anggota kaki) lelaki di Pusat Akuatik, Stadium Morodok Techo, di sini.

Pemenang pingat emas APG edisi lepas di Solo, Indonesia itu tidak berdepan masalah untuk mengesahkan emas menerusi catatan 4 minit 52.60 saat.

Beliau cemerlang meninggalkan pesaing dari Indonesia, Tangkilisan Steven Sualang yang merekodkan 5:12.81s untuk meraih pingat perak dan perenang Vietnam, Van Vinh Quach di kedudukan ketiga dengan 5:23.30s.

Terdahulu, seorang lagi perenang negara Rusdianto Rusmadi meraih pingat perak menerusi acara 400m Gaya Bebas S8 (kecatatan anggota kaki) dengan catatan 5:50.54s. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved