Lampu Isyarat Rosak, Netizen Puji Orang Awam Bantu Kawal Lalu Lintas Di Jalan Tol Kuching

9 Mar 2023 • 10:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dua individu berhati mulia

Lampu Isyarat Rosak, Netizen Puji Orang Awam Bantu Kawal Lalu Lintas Di Jalan Tol Kuching. Baru-baru ini Sarawak Road Update ada berkongsi sebuah video di mana dua individu menjadi perhatian ramai apabila sebuah video yang menunjukkan orang awam membantu mengawal lalu lintas di Jalan Tol, Kuching. Difahamkan, kedua-dua individu tersebut mengawal lalu lintas setelah lampu isyarat di kawasan tersebut rosak.

Menurut saksi yang berada di lokasi kejadian, lampu isyarat di jalan tol itu mengalami masalah teknikal dan menyebabkan kawalan lalu lintas menjadi huru-hara. Maka, kedua-dua lelaki tersebut mengambil inisiatif untuk membantu mengatur lalu lintas di kawasan tersebut dengan menggunakan isyarat tangan dan memberikan arahan kepada pengguna jalan raya.

image is not available
Lampu Isyarat Rosak, Netizen Puji Orang Awam Bantu Kawal Lalu Lintas Di Jalan Tol Kuching. Kredit: Sarawak Road Update

Sanggup redah hujan

Walaupun hujan lebat turun, kedua-dua lelaki tersebut tetap tabah dan tidak berganjak dari tempat mereka untuk membantu mengatur lalu lintas di kawasan tersebut. Tindakan mereka yang prihatin itu kemudian diabadikan dalam sebuah video yang kemudian menjadi viral di media sosial.

image is not available

Netizen yang melihat video tersebut turut memuji dan memberikan sokongan kepada kedua-dua lelaki yang berjaya membantu mengatur lalu lintas di jalan tol Kuching. Rata-rata netizen kagum dengan keikhlasan kedua-dua lelaki tersebut.

Ini reaksi netizen

Rata-rata netizen berterima kasih dengan tindakan dua lelaki tersebut kerana membantu mengawal lalu lintas yang tengah sibuk.

image is not available

Tambah netizen, walaupun berbahaya mereka tetap meneruskan membantu mengawal lalu lintas untuk pengguna jalan raya yang lain.

image is not available

Baca lagi artikel terkini: