FreeYond Bakal Memasuki Pasaran Malaysia – Satu Lagi Jenama Telefon Dari China

TechnologyDigital
15 Mar 2023 • 8:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

FreeYond, salah satu jenama telefon dari China kini menyatakan hasrat bakal memasuki pasaran Malaysia. FreeYond dikatakan mengambil inspirasi nama melalui dua perkataan Inggeris, iaitu Freedom dan juga Go Beyond.

FreeYond bakal melancarkan beberapa produk di Malaysia, termasuk dua telefon pintar, FreeYond M5 dan FreeYond F9, dua jam tangan pintar, FreeYond Watch F1 dan FreeYond Watch S1, termasuk satu fon telinga nirwayar, FreeYond Pods 1.

image is not available
#image_title

Kemasukkan ke Malaysia ini adalah selepas pelaburan yang diterajui oleh Datuk Chai Woon Chet berjumlah hampir 100 juta Yuan disuntik ke FreeYond. FreeYond sendiri merupakan sebuah syarikat yang masih baharu, dan telah ditubuhkan pada Jun 2022 lepas.

Dari segi penawaran, ia dilihat menyediakan spesifikasi dan penawaran asas. Kedua-dua model telefon pintar dikuasakan cip Unisoc. Tiada maklumat lagi berkaitan dengan jam tangan pintar, sementara fon telinga pula dilihat hadir dengan penggunaan bateri sehingga 30 jam lamanya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi FreeYond di Malaysia pada minggu hadapan, dalam mengetahui lanjut berkenaan produk-produk yang ditawarkan, termasuk harga jualannya kelak.