Frenz Legend menang kejohanan bola sepak veteran

LocalFootball
28 Oct 2025 • 4:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAWAS: Pasukan Frenz Legend dari Sarawak menjuarai Piala Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan selepas menewaskan pasukan BSV dari Sabah 1-0 dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Veteran Seborneo yang berlangsung di Stadium Lawas pada Ahad.

Gol kemenangan dijaringkan pada separuh masa kedua sekali gus membolaehkan Frenz Legend menerima hadiah juara bernilai RM15,000 berserta piala dan pingat.

Naib juara BSV membawa pulang wang tunai RM8,000, piala dan pingat, manakala pasukan Kudat Classic dari Sabah dan TJV90 dari Brunei berkongsi tempat ketiga, masing-masing menerima RM4,000, piala dan pingat.

Dalam saingan separuh akhir, BSV menewaskan Kudat Classic 2-0 untuk mara ke final manakala Frenz Legend melangkah selepas menumpaskan TJV90 menerusi penentuan sepakan penalti.

Kejohanan selama dua hari yang dianjurkan oleh Pemuda PBB Bukit Sari itu berlangsung dari 25 Oktober dan menarik penyertaan sebanyak 27 pasukan – 13 dari Sarawak, tujuh dari Sabah, empat dari Brunei dan tiga dari Labuan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.