Fresh! Mawar Rashid Belanja Selfie Rambut Pendek

8 Nov 2023 • 11:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas viral dengan kisah lepas hijab bulan lalu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid kembali mengemaskini akaun media sosialnya.

Terbaharu, Mawar memuat naik beberapa hantaran dirinya berfoto selfie dengan potongan rambut pendek paras bahu.

Malah, Mawar turut berkongsi beberapa seleksi foto dalam beberapa posing berbeza sambil memegang produk terbaharunya berlatar belakangkan lagu My Love Mine All Mine (Mitskileaks).

Terdahulu, Mawar mencetuskan pelbagai reaksi wargamaya apabila tampil berkongsi imej terkininya yang tidak lagi berhijab.

Namun, sehingga kini belum ada penjelasan lanjut daripada Mawar sendiri berhubung tindakannya itu.


image is not available