Threads Kini Menyokong Ciri ‘Quote’ Untuk Gambar Dan Video

Technology
6 Oct 2026 • 2:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads Kini Menyokong Ciri ‘Quote’ Untuk Gambar Dan Video

Threads memperkenalkan ciri Quote iaitu fungsi yang membolehkan pengguna menambah kemaskini Threads lain pada gambar atau video yang dimuat naik.

Image from: Threads Kini Menyokong Ciri ‘Quote’ Untuk Gambar Dan Video

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu menekan butang sunting (Edit) pada gambar atau video dipilih untuk dimuat naik kemudian memilih ‘Quote’. Selepas itu, kemas kini Threads dipilih akan dipaparkan bersama kandungan tersebut. Jika format ini muncul dalam suapan, pengguna lain turut boleh menekan atau memilih hantaran berkenaan untuk menyukai, mengulang siar atau membalas perbualan asal.

Selain ciri Quote, Threads turut menawarkan pilihan kreatif lain seperti menambah pelekat, menukar susun atur, membahagikan gambar sehingga sembilan bahagian serta melakukan suntingan menarik yang lain. Semua ini hanyalah langkah awal kepada lebih banyak fungsi kreatif yang sedang dibangunkan untuk membantu pengguna mengekspresikan diri dengan cara yang lebih bebas dan menyeronokkan.

Sumber: Quote

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved