Fujifilm Instax Mini 41 Dilancarkan Dengan Mod Swafoto Lebih Baik

TechnologyDigital
8 Apr 2025 • 12:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fujifilm Instax Mini 41 dilancarkan hari ini dengan ia adalah kemas kini kepada model Instax Mini 40 yang dilancarkan pada tahun 2021. Instax Mini 41 direka untuk lebih mudah alih, rekaan lebih kompak dan mengambil gambar jarak dekat lebih baik. Pada model terdahulu, apabila mengambil gambar objek dekat dan swafoto, imej pada viewfinder tidak sama seperti gambar yang terhasil. Ralat parallax ini telah diselesaikan pada Mini 41.

image is not available

Mini 41 masih menyokong filem Instax Mini seperti model terdahulu. Perbezaan ialah tubuh mini 41 kini mempunyai kemasan seakan logam walaupun masih diperbuat daripada plastik. Ia juga mengekalkan rekaan retro seakan kamera analog cuma tubuh lebih dibulatkan berbanding model sebelum ini.

image is not available

Kamera ini juga lebih mudah digunakan menurut Fujifilm. Ini kerana ia boleh menetapkan dedahan cahaya kepada filem dan juga keterangan flash apabila mengambil gambar secara automatik. Fujifilm Instax Mini 41 akan mula dijual bermula 17 April ini di Jepun terlebih dahulu tetapi harga jualannya belum lagi diumumkan ketika ini.