Fujifilm Instax Mini Evo 2 Dilancarkan Dengan Skrin Lebih Besar Dan Lensa Baharu

Digital
29 Oct 2026 • 12:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fujifilm telah mengumumkan Instax Mini Evo 2 iaitu generasi baharu bagi kamera hibrid segera Mini Evo yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2021. Dari segi reka bentuk, kamera ini masih mengekalkan identiti model asal namun beberapa peningkatan perkakasan diberikan bagi mempertingkatkan pengalaman penggunaan.

Image from: Fujifilm Instax Mini Evo 2 Dilancarkan Dengan Skrin Lebih Besar Dan Lensa Baharu

Peningkatan paling ketara dapat dilihat pada bahagian paparan belakang. Instax mini Evo 2 kini dilengkapi dengan skrin sesentuh sebesar 4.5″ iaitu lebih besar berbanding skrin 3″ pada model terdahulu. Kamera turut menggunakan sensor baharu bersama lensa 21mm f/2.0 yang menawarkan sudut pandangan lebih luas sekali gus membolehkan lebih banyak subjek dimuatkan dalam satu bingkai.

Image from: Fujifilm Instax Mini Evo 2 Dilancarkan Dengan Skrin Lebih Besar Dan Lensa Baharu

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan fungsi Expanded View yang membantu pengguna membuat komposisi gambr dengan lebih tepat sebelum dicetak. Fujifilm juga memperkenalkan fungsi Instax Immersive Movie yang membolehkan rakaman video pendek dibuat sebelum gambar diambil. Kamera turut menawarkan masa cetakan yang lebih pantas, iaitu sekitar 14 saat di samping mengekalkan ciri seperti kesan filem dan lensa, mod makro serta sokongan aplikasi Instax.

Image from: Fujifilm Instax Mini Evo 2 Dilancarkan Dengan Skrin Lebih Besar Dan Lensa Baharu

Instax mini Evo 2 akan ditawarkan pada harga AS$289 (~RM1,173). Buat masa ini, Fujifilm masih belum berkongsi maklumat mengenai ketersediaannya di pasaran Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved