iPad Mini Baharu Dilengkapi Speaker Bawah Skrin

TechnologyDigital
27 Oct 2026 • 10:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iPad Mini Baharu Dilengkapi Speaker Bawah Skrin

iPad Mini baharu yang dilancarkan awal pagi ini ialah iPad pertama dalam sejarah mempunyai kemampuan kalis air IP67. Kemampuan ini dicapai kerana iPad Mini baharu tidak lagi dilengkapi kekisi untuk speaker stereo pada bahagian sisi. Sebaliknya sistem Acoustic Audio baharu diperkenalkan.

Image from: iPad Mini Baharu Dilengkapi Speaker Bawah Skrin
Apple iPad mini 2026

Acoustic Audio menempatkan speaker woofer di bawah skrin dan dua lagi tweeter antara skrin dan bingkai logam. Dengan sistem baharu ini, Apple mengatakan audio bass yang lebih kuat dapat dicapai. Yang kami rasakan menarik mengenai Acoustic Audio ialah ia seakan memberikan petanda awal ura-ura iPhone tanpa lubang sempena ulang tahun ke-20 tahun depan bakal menjadi kenyataan.

Image from: iPad Mini Baharu Dilengkapi Speaker Bawah Skrin
Apple iPad mini 2024

Dalam ura-ura tersebut iPhone 20 bukan sahaja tidak dilengkapi lubang speaker tetapi juga tiada port pengecasan kuasa, butang kuasa, butang laras audio, butang kamera dan butang aksi. Sebaliknya semua butang akan diubah menjadi butang kapasitif pada sisi peranti dengan sistem haptik.

Apple selalu menguji sistem baharu secara berperingkat sebelum ditawarkan ke model lebih premium. Ini dapat dilihat pada iPhone 16e yang menggunakan modem sendiri dan kini semua iPhone tahun ini menggunakan modem C2 kecuali di Amerika Syarikat. Kemudian papan induk serta bateri nipis diuji pada iPhone Air terlebih dahulu sebelum digunakan pada iPhone Duo.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved