Fujifilm Instax Mini Link 3 Edisi Google Pixel 9 Dilancarkan Dengan Fast Pair

TechnologyDigital
28 Nov 2024 • 1:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Fast Pair adalah kaedah tambatan aksesori pada sebuah telefon pintar Android. Banyak yang menggunakan Fast Pair sekarang seperti fon kepala, fon telinga, telefon pintar lain, jam tangan pintar, televisyen dan terbaru adalah kamera.

image is not available

Fujifilm bekerjasama dengan Google untuk INSTAX MINI LINK 3 Google Pixel Collaboration Model. Ia adalah Instax Mini Link 3 yang dilancarkan semula dengan warna Rose Quartz yang sama dengan Pixel 9. Kamera ini turut menyokong Fast Pair untuk mudah ditambat pada peranti Pixel. Fujifilm turut menawarkan Instax Air Studio melalui aplikasi Instax Mini Link App untuk digunakan bersama.

image is not available

Aplikasi ini boleh menghasilkan kolaj gambar, mengambil gambar dengan kesan realiti terimbuh (AR), ciri suntingan gambar dan banyak lagi. Kamera ini turut dilengkapi dengan sistem lampu LED berwarna pastel untuk indikasi cetakan dan status bateri. Kamera ini dilihat hanya dijual di Amerika Syarikat dengan harga $129.95 iaitu sekitar RM577.53. Di Malaysia, Instax Mini Link 3 dijual pada harga sekitar RM600 ke RM700.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved