Realme GT 7 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 18 November Ini

TechnologyDigital
4 Nov 2024 • 10:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

realme GT 7 Pro adalah antara telefon pintar yang dijana cip Snapdragon 8 Elite yang terawal. Ia juga merupakan yang pertama akan dilancarkan di Malaysia iaitu pada bulan ini dengan pelbagai ciri menarik seperti ciri AI khusus untuk gaming, kolaborasi dengan Google untuk NEXT AI, kemampuan kamera HYPERIMAGE+ yang ditambah baik dan banyak lagi.

image is not available

realme Malaysia hari ini mengumumkan yang GT 7 Pro akan dilancarkan pada 18 November tidak lama lagi. Peranti mercu baharu realme ini dikatakan ingin bersaing dengan peranti mercu premium lain dengan cip yang sama. Ia turut mempunyai kemampuan gaming yang luar biasa termasuk melewahjamkan CPU dan GPU. realme turut ingin GT 7 Pro menjadi peranti mercu yang bukan sahaja hebat dalam gaming, tetapi seimbang dari segi kamera dan prestasi penggunaan harian.

Buat masa ini spesifikasi penuh, variasi, dan harga masih belum didedahkan lagi. Sama-sama kita nantikan 18 November ini.