Fungsi Pertukaran Matawang Cepat Ke Ringgit Malaysia Kini Kembali Ke Laman Carian Google

TechnologyDigital
17 Apr 2025 • 6:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Untuk sekian lamanya, Google telah membuang kebolehan untuk melakukan pertukaran matawang ke Ringgit Malaysia secara cepat kerana terdapat beberapa insiden dimana pertukaran yang dilakukan oleh Google adalah sangat salah apabila dibandingkan dengan nilai pertukaran semasa.

Terkini, mungkin kerana Google kini tidak lagi menggunakan domain negara, tetapi kami telah mendapati bahawa fungsi pertukaran matawang cepat tersebut telah kembali berfungsi seperti biasa.

image is not available

Sebelum ini, anda boleh “mencari” pertukaran secara terus, tetapi akan perlu ke laman web carian pertukaran matawang seperti Wise ataupun Revolut untuk mendapatkan angka matawang yang ditukar, tetapi pada hari ini, ciri pertukaran matawang pantas Google diperlihatkan secara terus pada laman carian mereka, dan saya tidak lagi perlu menekan pautan ke laman web untuk melakukan carian tukaran matawang ringkas.

Menekan butang “More about USD/MYR” akan membawa anda ke laman carian Google Finance, jadi ini memang adalah fungsi pertukaran Google sendiri dan tidak menggunakan sistem lain.

image is not available

Samada ini adalah satu “ralat” daripada Google ataupun ia benar-benar kembali berfungsi seperti biasa, ini merupakan satu kemudahan yang memang saya inginkan kembali untuk satu jangka masa yang lama.