
Sudah menjadi kebiasaan warga kota meraikan hari raya sehingga sebulan lamanya. Ini kerana minggu pertama Syawal selalunya dihabiskan bersama keluarga dan sanak-saudara.
Pulang ke kota, tibalah masanya untuk berhari raya dengan sahabat-handai dan kenalan untuk mengeratkan silaturahim. Jadi, banyaklah undangan rumah terbuka yang perlu dihadiri.

Selain menyarungkan baju-baju raya, ramai juga yang gemar memilih pakaian kasual untuk disarungkan ke badan. Satu sebabnya kerana faktor cuaca, dan satu lagi sebab lagi ia lebih selesa dan memudahkan pergerakan.
Bagi yang merancang untuk membeli pakaian baru untuk ke rumah terbuka Aidilfitri, jom intai rekaan santai dan klasik daripada Dockers®.
Selama hampir empat dekad, Dockers® menetapkan piawaian untuk pakaian kasual menerusi rekaan inovatif dan gaya klasik yang tidak lapuk ditelan zaman.

Untuk 2025, jenama ini melangkah lebih jauh dengan memperhalusi strategi untuk mengukuhkan lagi nilai-nilai tersebut dan menonjolkan jenama dengan lebih impak, di samping mempertingkatkan kualiti, kepelbagaian dan keselesaan.
Anda tidak perlu mengorbankan gaya demi keselesaan. Koleksi terbaharu Dockers® GO bersifat ringan dengan menampilkan fabrik yang hebat pengudaraannya serta tahan kedutan.
Dockers® GO, himpunan paling aktif bagi jenama ini, adalah rangkaian inovatif yang direka untuk memberikan kebebasan pergerakan maksimum, selain prestasi teknikal dan aspek serba boleh, seiring dengan konsep ‘High Performance, Low Effort’ (Prestasi Tinggi, Usaha Minimum).

Dihasilkan daripada fabrik yang bersifat meregang, boleh bernafas, menyerap lembapan dan mengawal suhu, chinos Dockers® GO ini memastikan keselesaan dicapai menerusi material berprestasi tinggi seperti fabrik Airweave.
Selain itu, chinos ini dilengkapi dua poket keselamatan tersembunyi, yang sesuai untuk menyimpan keperluan penting seperti kunci, kad kredit dan telefon, malah passport jika ingin mengembara ke luar negara.
Dockers® GO bukan sekadar berkisar kepada keselesaan dan prestasi tinggi, malah ia membuatkan si pemakai tampil menarik untuk apa jua keadaan.

Koleksi ini menyerlahkan helaian yang serba boleh, selesa dan aktif, sesuai untuk penggunaan daripada siang ke malam serta hari bekerja ke hujung minggu, sekali gus mencerminkan gaya hidup moden dengan sempurna.
Ia juga direka untuk memastikan anda kelihatan kemas dan bergaya sepanjang hari, tidak kira apa jua agenda anda.
Chinos ini adalah gabungan terbaik antara stail dan fungsi, menjadikannya teman ideal untuk setiap perjalanan, terutamanya di bulan perayaan. Pendek kata, Dockers® GO, menggabungkan tradisi bersama inovasi.

Sempena Ramadan lalu, Dockers juga sempat membawakan koleksi Dockers® Ramadan 2025 yang menawarkan pelbagai pilihan menawan, daripada kemeja lengan pendek dan polo yang ringan, hingga crewneck ringkas dan kemeja berkancing.
Direka untuk gaya versatil, koleksi ini memberikan pelbagai kemungkinan padanan, yang membolehkan anda menggayakan helaian atas helaian atau bergaya mudah mengikut kesesuaian majlis.
Himpunan pilihan Dockers® ini boleh didapati di semua butik Dockers® seluruh negara mulai 13 Mac. Untuk maklumat lanjut, sila layari, www.dockers.com.my.
Terokai Butik Terkini Dockers® Di Suria KLCC!
Dockers® mencatat satu lagi pencapaian penting di Malaysia menerusi pembukaan butik utama terbaharunya di tengah-tengah mercu tanda Kuala Lumpur, Suria KLCC.

Dengan ruang seluas 1,280 kaki persegi, butik baharu Dockers® ini berkonsep terang, luas serta menonjolkan gaya hidup Dockers® yang ringkas.
Reka bentuk dalaman kayu semula jadi dalam rona cerah serta perincian logam moden berupaya mencipta suasana yang santai, lalu menggalakkan lagi pelanggan untuk melihat dan mencuba koleksi baharu Dockers® dengan selesa.
Wajah baharu butik Dockers® ini meningkatkan pengalaman membeli-belah. Susun atur butik yang ringkas, tersusun dan terang, memudahkan pelanggan menemui padanan untuk setiap seluar chino klasik mereka.

Selain itu, boleh juga dapatkan koleksi pakaian wanita yang turut tersedia di sini!
Dari 31 Mac hingga 13 April, kunjungi mana-mana butik Dockers® berhampiran anda untuk mencuba padanan Dockers® GO dan berpeluang menerima potongan 15 peratus untuk setiap pembelian. Tertakluk kepada terma dan syarat. - Getaran, 10 April 2025
Foto : Dockers®



