Futsal, bola jaring medan ukhuwah CiJA, Urus Setia KPN

28 Aug 2026 • 4:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Futsal, bola jaring medan ukhuwah CiJA, Urus Setia KPN

KUALA LUMPUR – Gelanggang futsal dan bola jaring menjadi medan ‘pertembungan’ warga polis serta pengamal media apabila masing-masing berentap menunjukkan aksi terbaik dan semangat persahabatan.

Perlawanan persahabatan itu melibatkan pasukan Urus Setia Ketua Polis Negara (USKPN), Komunikasi Korporat Bukit Aman bersama Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) di Setapak di sini, semalam.

Ketua Komunikasi Korporat USKN, Asisten Komisioner Julina Salehuddin berkata, perlawanan berlangsung dalam suasana santai dan penuh semangat kesukanan, selain menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan antara warga USKPN dan pengamal media.

“Program itu turut bertepatan dengan semangat Bulan Kebangsaan.

“Ini juga menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama dan hubungan antara Polis Diraja Malaysia dengan rakan media,” katanya.

Sementara itu, Presiden CiJA, Safeek Affendy Razali berkata, aktiviti ini mengumpulkan petugas media daripada pelbagai agensi antaranya Sinar Harian, Berita Harian, Kosmo, Bernama, Harian Metro, Utusan Malaysia dan The Star.

“Perlawanan persahabatan ini amat dialukan bagi membudayakan aktiviti sihat di kalangan pengamal media.

“Fusal dan bola jaring ini juga antara platform CiJA khususnya merapatkan ukhuwah dengan warga PDRM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Futsal, bola jaring medan ukhuwah CiJA, Urus Setia KPN appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved