Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026

16 Aug 2026 • 2:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026

SABTU lepas, Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 membuka tirainya secara rasmi dalam satu acara pembukaan penuh gemilang yang disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, sekali gus menandakan bermulanya temasya sukan terbesar peringkat kebangsaan yang berlangsung di Selangor.

Di majlis itu, suasana meriah dengan kehadiran kontinjen dari seluruh negeri yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan. Begtu juga, kehadiran para atlet dan pegawai kontinjen menyerlahkan semangat kesukanan yang menjadi teras penganjuran temasya berprestij itu.

Pada lapis lain, SUKMA Selangor 2026 bukan sekadar medan persaingan untuk atlet muda membuktikan keupayaan masing-masing, malah menjadi platform menyemarakkan semangat kesukanan, perpaduan dan persahabatan dalam kalangan peserta dari seluruh negara.

Sebagai tuan rumah, Selangor tampil dengan persiapan rapi bagi memastikan kelancaran penganjuran temasya, termasuk penyediaan venue pertandingan, kemudahan untuk atlet serta sokongan kepada kontinjen yang bertanding sepanjang berlangsungnya SUKMA.

Kemeriahan temasya turut dirasai dengan kehadiran ribuan penyokong dan orang ramai yang memberikan sokongan kepada para atlet. Sorakan serta semangat penyokong menambahkan lagi suasana meriah di venue pertandingan dan lokasi penganjuran SUKMA Selangor 2026.

Kemeriahan, kehangatan, semangat kesukanan dan simpol perpaduan dalam SUKMA Selangor 2026 dirakam melalui bidikan jurufoto Media Selangor, Ahmad Zakki Jilan, Fikri Yusof dan Mohd Khairul Helmy Mohd Din, dengan menggunakan peralatan kamera Nikon hasil kolaborasi bersama Futuromic Photo AV Sdn. Bhd.

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika hadir dalam Majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengibarkan bendera Selangor ketika Acara Perbarisan Kontinjen sempena Majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Persembahan dari artis PADAT ketika Majlks Perasmian n SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Persembahan artis menceriakan suasana dalam Majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Atlet Selangor ketika perbarisan Majlks Perasmian n SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan perbarisan kontijen Selangor dalam majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor ke-22 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Kontinjen Selangor tampil bersemangat sewaktu acara perbarisan sempena Majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Upacara menaikkan Bendera SUKMA ketika Majlis Perasmian SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Lafaz Ikrar Kejohanan oleh ketua atlet Selangor ketika Majlis Perasmian SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Lafaz Ikrar Kejohanan dalam Majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Persembahan nyanyian oleh Jaclyn Victor ketika majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor ke-22 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Pengunjung gembira menyaksikan persembahan-persembahan artis ketika majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor ke-22 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Pengunjung hadir meyaksikan majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor ke-22 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Upacara Menyalakan Obor SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor sempena Majlis Pelancaran SUKMA Selangor memeriahkan malam perasmian di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Upacara menyalakan obor SUKMA ketika Majlis Perasmian SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Upacara Menyalakan Obor SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor sempena Majlis Pelancaran SUKMA Selangor memeriahkan malam perasmian di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Image from: Semangat Sukan Negeri, Kehangatan SUKMA Selangor 2026
Pertunjukkan bunga api sempena majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA Selangor ke-22 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 15 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved