G Capital, Koperasi Orang Asli Perak bekerjasama dalam projek tenaga hidro kecil

Business & Finance
5 Feb 2024 • 2:32 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

G Capital, Koperasi Orang Asli Perak bekerjasama dalam projek tenaga hidro kecil

diyana

05/02/2024 - 14:32

KUALA LUMPUR 5 Feb - G Capital Bhd menerusi anak syarikatnya, Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn Bhd (PHREC) akan bekerjasama dengan Koperasi Orang Asli Perak Bhd (KOAP) untuk menyediakan peluang latihan, perniagaan dan pembangunan komuniti kepada ahli KOAP dalam projek tenaga hidro kecil.

Di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua pihak terbabit, syarikat penyedia tenaga boleh diperbaharui itu akan membekalkan bahan dan perkhidmatan untuk projek kuasa hidro kecil kepada KOAP.

Ia juga akan mengambil bahagian dalam pembangunan komuniti bagi menangani kesan sosial dan alam sekitar daripada projek itu.

“Kami berazam untuk bekerjasama dalam menyediakan rangkaian sokongan yang menyeluruh kepada ahli KOAP bagi aspek latihan tenaga kerja termasuk latihan teknikal, latihan usahawan dan latihan pembangunan perniagaan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut G Capital, MoU itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan, hasil dan aset bersih sesaham kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Pada rehat tengah hari, saham G Capital didagang rendah sebanyak 1.5 sen atau 3.6% kepada 40 sen dengan permodalan pasarannya berjumlah RM130 juta. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved