G-Dragon Sambut Ulang Tahun Debut Ke-18 BIGBANG Bersama Taeyang & Daesung

EntertainmentMusic
19 Aug 2024 • 10:08 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pejam celik pejam celik, siapa sangka dah 18 tahun sejak BIGBANG debut!

Pada 19 Ogos hari ini, BIGBANG telah menyambut ulang tahun debut mereka yang ke-18.

Sebagai ketua kumpulan, G-Dragon adalah ahli pertama yang berkongsi mengenai hari penting itu, dengan memuat naik fotonya, Taeyang dan Daesung ketika promosi untuk lagu “Still Life”.

Dalam hantaran lain, lelaki itu turut menggunakan hashtag #bigbang18thanniversary serta menandai akaun Instagram Taeyang dan juga Daesung.

Kejap betul masa berlalu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.